KENALI PUNCA UNTUK SELESAIKAN MASALAH SEKS
Jika ketika ini anda dan pasangan menghadapi masalah seks maka amat penting untuk anda mengambil langkah mengatasinya. Namun sayangnya ramai yang membiarkan masalah ranjang ini berlarutan kerana tidak tahu di mana hendak dirujuk. jika terlalu malu untuk berbuat demikian, ambillah masa dan buatkah penilaian di mana silapnya.Selalunya masalah seksual yang berlaku kalangan suami ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap pasangan. Dalam hal ini langkah paling utama yang perlu dilakukan dalam menyelesaikannya adalah dengan mengetahui puncanya. Jika rasa tidak puas hati ini sudah dapat dipastikan puncanya maka akan mudahlah mencari jalan penyelesaiannya.
Selain itu pasangan juga harus mengenali aktiviti seksual apakah yang diinginkan oleh pasangan hidup anda. Tujuannya, agar pasangan dapat bersama-sama mewujudkan impian aktiviti seksual yang diinginkan.
Dalam hal ini pasangan haruslah mengetahui kekerapan hubungan seks yang diinginkan, cara atau posisi malah tahap tenaga pasangan sekali. Ini kerana setiap individu memiliki ghairah dan tenaga seksual yang berbeza-beza.
Ada pasangan yang memiliki ghairah seksual yang tinggi, rendah ataupun di tahap sederhana saja. Tapi keadaan akan menjadi bermasalah jika ghairah seksual pasangan di tahap yang rendah. Sebagai pasangan anda haruslah mencari puncanya.
Ambil Kira Aspek Suami
Dalam menangani masalah seks, aspek diri suami sebagai lelaki juga perlu diambil kira.
Umumnya, lelaki mengukur kejantanan dirinya daripada kekuatan atau ghairah seksnya. Itu sebabnya, ramai suami yang memandang seks sebagai salah satu perkara teratas dalam perkahwinan mereka.
Mereka mahu keperluan seksnya sentiasa dipenuhi, Jika ia tidak diperolehi maka lelaki akan mengeluh sepanjang kehidupan berumah tangga. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri, apa sudah jadi dengan perkahwinan mereka? Adakah masalah tersebut berpunca daripada dirinya? Adakah dirinya tidak mampu memberi kepuasan terhadap isteri dan banyak lagi soalan yang membuatkan dirinya risau dan tertekan.
Seorang isteri harus memahami bahawa bagi lelaki, kepuasan seks seseorang lelaki dilihat daripada kekerapan mereka melakukan hubungan seksual. Semakin kerap melakukan seks maka ia dianggap mampu memuaskan pasangannya.
Hubungan seks dikatakan pada tahap baik jika ia dilakukan empat, lima atau enam kali seminggu. Sebaliknya jika pasangan suami isteri hanya melakukannya sekali sebulan atau sekali dalam tiga bulan maka kehidupan seksual mereka dianggap bermasalah.
Berbicara Terus Terang
Kurangnya kekerapan hubungan seks menimbulkan rasa cemas di kalangan lelaki. Lelaki selalunya mengendalikan ‘medan’ hubungan seks. Jika frekuensi seksual di tahap yang rendah mereka akan mula merasakan satu kekurangan dalam diri. Dari situlah timbulnya perasaan cemas.
Sering kali para isteri menolak untuk mengadakan hubungan seksual atas alasan penat menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa memikirkan kesannya terhadap suami. Ada suami yang terasa rendah diri malah tercabar keegoaannya apabila ajakan seks ditolak mentah-mentah oleh pasangan mereka. Selain kesal dan kecewa tertanam dalam hati mereka.
Inilah yang kemudiaan akan menjurus kepada perselisihan faham. Sekiranya tidak ditangani dengan pantas maka tidak mustahil hubungan suami isteri akan menjadi bertambah dingin.
Oleh itu amatlah disarankan agar pasangan suami isteri yang merasai ketidakpuasan hati dalam hubungan seks supaya membicarakannya secara terus terang. Tidak perlu berselindung atau memendamkannya di dalam hati.
Perbincangan suami isteri dalam urusan seks secara terbuka bukan saja mampu menjadikan hubungan seks mereka berlangsung dengan indah malah rumah tangga juga akan sentiasa harmonis.
Carian Popular:
- masalah seksual suami isteri
- masalah seks suami isteri
- kekerapan hubungan seks
- masalah seks
0 comments:
Post a Comment