KENALI PUNCA UNTUK SELESAIKAN MASALAH SEKS
Jika ketika ini anda dan pasangan menghadapi masalah seks maka amat
penting untuk anda mengambil langkah mengatasinya. Namun sayangnya ramai
yang membiarkan masalah ranjang ini berlarutan kerana tidak tahu di
mana hendak dirujuk. jika terlalu malu untuk berbuat demikian, ambillah
masa dan buatkah penilaian di mana silapnya.
Selalunya masalah seksual yang berlaku kalangan suami ini disebabkan
oleh rasa tidak puas hati terhadap pasangan. Dalam hal ini langkah
paling utama yang perlu dilakukan dalam menyelesaikannya adalah dengan
mengetahui puncanya. Jika rasa tidak puas hati ini sudah dapat
dipastikan puncanya maka akan mudahlah mencari jalan penyelesaiannya.
Selain itu pasangan juga harus mengenali aktiviti seksual apakah yang
diinginkan oleh pasangan hidup anda. Tujuannya, agar pasangan dapat
bersama-sama mewujudkan impian aktiviti seksual yang diinginkan.
Dalam hal ini pasangan haruslah mengetahui kekerapan hubungan seks
yang diinginkan, cara atau posisi malah tahap tenaga pasangan sekali.
Ini kerana setiap individu memiliki ghairah dan tenaga seksual yang
berbeza-beza.
Ada pasangan yang memiliki ghairah seksual yang tinggi, rendah
ataupun di tahap sederhana saja. Tapi keadaan akan menjadi bermasalah
jika ghairah seksual pasangan di tahap yang rendah. Sebagai pasangan
anda haruslah mencari puncanya.
Ambil Kira Aspek Suami
Dalam menangani masalah seks, aspek diri suami sebagai lelaki juga perlu diambil kira.
Umumnya, lelaki mengukur kejantanan dirinya daripada kekuatan atau
ghairah seksnya. Itu sebabnya, ramai suami yang memandang seks sebagai
salah satu perkara teratas dalam perkahwinan mereka.
Mereka mahu keperluan seksnya sentiasa dipenuhi, Jika ia tidak
diperolehi maka lelaki akan mengeluh sepanjang kehidupan berumah tangga.
Mereka akan bertanya kepada diri sendiri, apa sudah jadi dengan
perkahwinan mereka? Adakah masalah tersebut berpunca daripada dirinya?
Adakah dirinya tidak mampu memberi kepuasan terhadap isteri dan banyak
lagi soalan yang membuatkan dirinya risau dan tertekan.
Seorang isteri harus memahami bahawa bagi lelaki, kepuasan seks
seseorang lelaki dilihat daripada kekerapan mereka melakukan hubungan
seksual. Semakin kerap melakukan seks maka ia dianggap mampu memuaskan
pasangannya.
Hubungan seks dikatakan pada tahap baik jika ia dilakukan empat, lima
atau enam kali seminggu. Sebaliknya jika pasangan suami isteri hanya
melakukannya sekali sebulan atau sekali dalam tiga bulan maka kehidupan
seksual mereka dianggap bermasalah.
Berbicara Terus Terang
Kurangnya kekerapan hubungan seks menimbulkan rasa cemas di kalangan
lelaki. Lelaki selalunya mengendalikan ‘medan’ hubungan seks. Jika
frekuensi seksual di tahap yang rendah mereka akan mula merasakan satu
kekurangan dalam diri. Dari situlah timbulnya perasaan cemas.
Sering kali para isteri menolak untuk mengadakan hubungan seksual
atas alasan penat menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa
memikirkan kesannya terhadap suami. Ada suami yang terasa rendah diri
malah tercabar keegoaannya apabila ajakan seks ditolak mentah-mentah
oleh pasangan mereka. Selain kesal dan kecewa tertanam dalam hati
mereka.
Inilah yang kemudiaan akan menjurus kepada perselisihan faham.
Sekiranya tidak ditangani dengan pantas maka tidak mustahil hubungan
suami isteri akan menjadi bertambah dingin.
Oleh itu amatlah disarankan agar pasangan suami isteri yang merasai
ketidakpuasan hati dalam hubungan seks supaya membicarakannya secara
terus terang. Tidak perlu berselindung atau memendamkannya di dalam
hati.
Perbincangan suami isteri dalam urusan seks secara terbuka bukan saja
mampu menjadikan hubungan seks mereka berlangsung dengan indah malah
rumah tangga juga akan sentiasa harmonis.
Carian Popular:
- masalah seksual suami isteri
- masalah seks suami isteri
- kekerapan hubungan seks
- masalah seks